Sering Bertukar Kerja? Punca Ianya Berlaku

Sering Bertukar Kerja? Punca Ianya Berlaku

Sering Bertukar Kerja? Punca Ianya Berlaku

sering bertukar kerja
Jika susah untuk anda kekal dengan satu pekerjaan dalam tempoh yang lama, anda mungkin selalu mendengar istilah ”kerja  lompat-lompat”. Istilah ini merujuk kepada seseorang yang  sering bertukar kerja dalam masa yang singkat dan ianya adalah perbuatan yang negatif untuk seseorang yang ingin  mengembangkan kerjaya mereka.
Jika anda tertanya-tanya bagaimana untuk berhenti dari sering bertukar kerja, anda perlu tahu kenapa ianya terjadi dan seterusnya mengambil langkah yang betul.

Adakah Sering Bertukar Kerja Buruk?

Sesetengah orang berpendapat sering bertukar kerja bukan sesuatu yang merosakkan kerjaya anda, dan ada juga mengatakan sering bertukar kerja bakal membunuh kerjaya anda secara perlahan.
Pada awal kerjaya anda, bertukar-tukar kerja boleh diterima. Ia boleh dilihat sebagai satu experiment untuk menyesuaikan diri anda dengan alam pekerjaan dan mencari pengalam bekerja. Tetapi untuk seseorang yang sering bertukar kerja sampai pada satu tahap akan menjadikan orang lain memberikan persepsi yang buruk. Hal ini kan menyukarkan anda untuk mencari pekerjaan baru. Jika rekod anda menunjukkan anda akan bertukar kerja dalam tempoh setahun atau dua tahun, majikan akan beranggap adakah dengan menawarkan anda pekerjaan suatu perlaburan yang bijak.
Sebagai seorang yang sering bertukar kerja, rekod anda yang sering bertukar kerja juga menunjukkan anda seorang yang kurang fokus dan tidak berdisiplin atau anda tidak mencapai tahap yang dikehendaki. Atau juga ia menggambarkan bahawa anda tidak pun tahu apa yang anda mahukan.
Walaupun sering bertukar kerja akan memberikan imej yang buruk kepada majikan, penting untuk kita tahu kesannya terhdap diri kita. Bagi kebanyakkan orang sering bertukar kerja dari tempat ke tempat  akan menyebabkan kita menjadi tertekan dan tidak pasti. Ia menjadikan anda berasa tidak puas dengan pekerjaan anda. Anda juga kan berasa tidak fokus dan ragu-ragu dengan arah kerjaya anda. Akhirnya anda berasa sukar untuk mencari pekerjaan baru dan sejarah kerjaya anda menjadi lebih berterabur.

Mengapa Sering Bertukar Kerja?

Kebanyakkan orang bertukar kerja kerana mereka membuat keputusan secara tergesa-gesa. Mereka berasa tidak puas hati di tempat kerja (minggu yang memenatkan, klien yang banyak karenah, rakan sekerja yang menyakitkan hati) dan mereka terus berfikir untuk berhenti. Mereka mula berfikir bahawa situasi lain lebih baik jika dibandinkan dengan situasi sekarang.
Hasilnya, mereka berasa bimbang dan berasa mahu keluar dari situasi ini dengan kadar segera. Hal ini akan menyebabkan seseorang membuat keputusan dengan tergesa-gesa. Mereka tidak mencari peluang untuk menjadikan suasana pekerjaan lebih baik tetapi bertindak balas dengan membuat keputusan tanpa berfikir.
Mereka juga berfikir bahawa sesuatu yang baik akan datang tetapi mereka terus berhadapan dengan masalah yang sama dimana kitaran ini akan terus berulang. Dan mereka akan berhenti kerja sekali lagi dengan alasan yang sama tanpa mencari penyelesaian. Sering bertukar kerja akan menjdai satu tabiat yang sukar diberhentikan.
3 Langkah Untuk Berhenti Dari Sering Bertukar Kerja

3 Langkah Untuk Berhenti Dari Sering Bertukar Kerja

cara mengatasi sering bertukar kerja

3 Langkah Untuk Berhenti Dari Sering Bertukar Kerja

Sikap untuk seseorang yang sering bertukar kerja amat sukar dihentikan tetapi tidak mustahil jika anda terus mencuba. Mari kita lihat langkah-langkah yang boleh diambil untuk memberhentikan kitaran ini.

1.Berhenti Bertanggapan Buruk, Mulakan Perancangan

Untuk pecahkan kitaran ini, anda perlu mula untuk berhenti bertanggapan buruk atau memberi reaksi terhadap sesuatau yang terjadi.  Seperti dalam artikel sebelum ini kita telah membincangkan punca sering bertukar kerja, salah satu puncanya ialah membuat keputusan tergesa-gesa. Berhenti melakukannya!
Ambil masa anda untuk menilai dan membuat keputusan dengan bijak. Fikirkan bagaimana anda bersusah untuk mendapatkan kerja tersebut. Katakan pada diri anda bahawa anda boleh mengharunginya dan cari kelebihan diri anda untuk megatsi masalah yang mendatang.  Jika anda stress, ambil masa untuk tenangkan fikiran anda.

2.Ambil Kesempatan Dimana Anda Berada

Semasa anda menjalani proses menilai diri anda, cuba ambil peluang yang ada untuk menambah pengalaman anda. Mungkin anda baru mengalaminya buat pertama kali, tetapi jika anda dapat mengatasinya anda boleh melakukan perkara yang sama pada masa hadapan. Pada masa yang sama juga, majikan anda tidak akan berasa menyesal menawarkan pekerjaan ini kepada anda, kerana anda dapat menyelesaikan masalah yang ada dan bukan meninggalkan masalah tersebut begitu sahaja. Ataupun ianya boleh digunakan ditempat baru.

3.Melaksanakan Pencarian Kerja

Jika anda ingin mencari pekerjaan baru, pastikan anda betul-betul memfokuskan carian anda. Kemaskini resume anda mengikut kehendak jawatan yang ditawarkan. Jangan biarkan rasa tidak puas hati anda menyebabkan anda bertindak dengan tergesa-gesa untuk mencari pekerjaan baru. Pastikan anda membuat pemilihan yang betul dan menetapkan target anda bahawa pekerjaan yang seterusnya adalah pekerjaan tetap anda.
Walaupun anda mendapat pekerjaan yang tidak sepenuhnya menepati citarasa anda, pastikan anda kekal lama disana. Mungkin dalam tempoh masa lima tahun dan anda bolehlah mencari pekerjaan baru bagi menambah lagi pengalaman anda.

8 Sambutan yang wajib anda hadir semperna Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2017

8 Sambutan yang wajib anda hadir semperna Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2017 



Kuala Lumpur

1.     Program Ilmiah SHWP Bersama Ustaz Kazim Elias & Ustaz Ebit Liew

·       Program ilmiah sambutan Hari Wilayah Persekutuan bersama dua ustaz terkemuka tanahair akan membincangkan isu-isu tempatan daripada perspektif agama serta memberikan pengisian kerohanian untuk segenap penduduk wilayah.

2.     Kenduri 1Wilayah Persekutuan

·       Kenduri 1 Wilayah Persekutauan akan meyajikan pelbagai makanan tempatan dan luar negara yang pastinya diminati dan ditunggu-tunggu oleh warga Wilayah Persekutan. Dan yang penting sekali, semua sajian sememangnya percuma!

3.     Karnival Sukan IPT Piala Menteri Wilayah Persekutuan

·       Pertandingan bola jaring, futsal, badminton, ping pong dan larian karnival sukan adalah terbuka kepada semua mahasiswa dan mahasiswi dengan hadiah yang lumayan. Program sampingan lain termasuk Muay Thai, Paintball, Zumba dan Tarian Singa.

4.     KL Fest Supercar & Autoshow

·       Penggemar kereta mewah seharusnya tidak melepaskan peluang menyaksikan pameran KL Fest Supercar & Autoshow ini yang pastinya memukau pengunjung! Kepada penduduk wilayah yang ingin mengetahui tentang pembuatan kereta yang berkualiti pasti tidak akan lupa untuk menandakan tarikh pameran ini.

5.     Karnival Food Truck 101WP

·       Karnival food truck membariskan food truck tempatan yang terkenal dengan sajian yang ringkas tetapi lazat dengan harga yang berpatutan untuk setiap pengunjung.

6.     Wilayah International Motorfest

·       Penggemar motorbike di seluruh negara mahupun warganegara bukan Malaysia pasti tidak akan ketinggalan menyertai pertandingan motorbike anjuran bersama DBKL dan Kepala Kuasa MG ini.

7.     Kayuhan Ceria 2017

·       Aktiviti berbasikal beramai-ramai yang menyihatkan ini sesuai disertai oleh seluruh ahli keluarga dan rakan taulan. Kayuhan ceria ini adalah selari dengan tema sambutan hari wilayah persekutuan pada tahun ini.

8.     KL Rush

·       KL Rush Explorace adalah terbuka kepada semua warganegara tetapi terhad kepada 150 kumpulan sahaja. Aktiviti ini memerlukan kerja berkumpulan untuk memenangi hadiah yang bernilai hampir RM 10,000!

Putrajaya

1.     Robotic Space Challenge SHWP

·       Acara ini menguji ciptaan robot yang akan digunakan untuk kajian penerokaan di angkasa lepas. Ciptaan robot yang terbaik akan menyumbang kepada misi pencarian di angkasa lepas.

2.     Gen Y Kreatif

·       Acara ini mencungkil bakat-bakat terpendam generasi Y dalam pelbagai aspek seperti kesenian, kemahiran dan sebagainya. Bawa bersama anak-anak dan ahli keluarga untuk meluangkan masa berkualiti pada hujung minggu di acara yang menarik ini!

3.     Majlis Khatam Al-Quran Wilayah Persekutuan & Sambutan Maulidur Rasul & Haul Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani

·       Program keagamaan ini membolehkan penduduk wilayah untuk sama-sama menyertai majlis khatam Al-Quran yang diadakan serentak dengan sambutan Maulidur Rasul. Majlis ini dapat mengeratkan silaturahim sesama penganut Islam pada sambutan hari yang mulai ini.

4.     Pertandingan Memancing Putrajaya 2017

·       Orang ramai boleh turut hadir memeriahkan pertandingan memancing yang akan diadakan di sepanjang persisiran tasik Presint 2, 3 dan 4 dan membawa pulang hadiah yang lumayan berserta ikan yang segar!

5.     Fiesta Walkabout WP 2017

·       Pelbagai acara menarik menanti orang ramai di Fiesta Walkabout sempena sambutan hari wilayah persekutuan pada tahun ini. Warga kota dijemput hadir beramai-ramai untuk menyertai acara fun walk di Monumen Alaf Baru dari 10 pagi hingga 12 malam.

6.     Kenduri 1WP & Hari Keluarga Putrajaya

·       Kenduri 1WP disambut sekali dengan Hari Keluarga Putrajaya untuk memeriahkan lagi suasana sambutan Hari Wilayah Persekutuan di Putrajaya. Pelbagai makanan yang enak serta akitiviti yang menghiburkan disediakan untuk warga kota Putrajaya.

7.     Festival Catur Putrajaya

·       Festival ini terbuka kepada warga tempatan dan juga luar negara untuk menunjukkan bakat dan kemahiran bermain catur. Pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi pada festival catur ini termasuk wang tunai dan piala.

8.     Majlis Pecah Tanah Glulam Pedestrian Bridge

·       Majlis pecah tanah untuk projek jambatan pejalan kaki berbumbung di Presint 16 yang baru sahaja selesai pada Disember 2016 adalah sebuah  jambatan yang menghubungkan penduduk Presint 16 untuk ke Presint 1 dengan lebih cepat dan efisien.

Labuan

1.     Malam Sambutan SHWP

·       Penduduk daripada segenap lapisan masyarakat pelbagai etnik berkumpul bagi sama-sama menyertai sambutan yang melambangkan perpaduan dan keharmonian yang utuh dalam kalangan warga pulau bebas cukai ini.

2.     Kejohanan Motorcross

·       Kejohanan ini memberi peluang kepada peminat, penyokong dan pelumba tempatan untuk bersaing dan membuat susulan dalam kejohanan yang lebih tinggi dan mencungkil bakat-bakat pelumba baru untuk diketengahkan. Menariknya sukan ini ialah motor bukan ditunggang di atas jalan bertar, sebaliknya ditunggang di atas tanah.

3.     Kejohanan Pacuan 4 Roda

·       Golongan remaja yang berminat kepada sukan lasak dan semestinya penggemar kereta pacuan 4 roda tidak akan melepaskan peluang untuk menyertai sukan lasak yang menyihatkan ini.

4.     Konvoi Prihatin

·       Konvoi Prihatin ini dijayakan dengan kerjasama sukarelawan komuniti 1Malaysia. Program ini adalah suatu usaha untuk mendekati masyarakat wilayah khususnya yang kurang berkemampuan dengan menghulurkan sedikit bantuan untuk meringankan beban sara hidup.

5.     Labuan Go-Green

·       Acara ini adalah suatu usaha mulia dalam memelihara alam sekitar untuk generasi akan datang. Sokongan orang ramai dalam program ini pasti memberi impak yang positif kepada semua lapisan masyarakat ke arah menjadi komuniti yang “lebih hijau”.

6.     Pertandingan Memancing

·       Pertandingan ini memberi platform kepada kaki joran memenangi  hadiah yang lumayan untuk dibawa pulang berserta ikan yang berjaya dipancing!

7.     Liga Bola Sepak Labuan

·       Liga bola sepak Labuan membuka peluang kepada bakat-bakat muda untuk bermain mewakili Sabah dalam liga bola sepak yang dianjurkan bersempena sambutan Hari Wilayah.

8.     Kenduri 1Wilayah Persekutuan


·       Kenduri  1Wilayah menyajikan makanan tempatan daripada masyarakat Melayu, Cina dan India untuk santapan orang ramai. Boleh membawa ahli keluarga menghadiri kenduri yang percuma ini!  


#SHWP2017





Azam Tahun Baru Nak Dapat Kerja? Jom Tengok Tips Ni

Azam Tahun Baru Nak Dapat Kerja? Jom Tengok Tips Ni

Azam Tahun Baru Nak Dapat Kerja? Jom Tengok Tips Ni


Azam baru? Jadi apa azam tahun baru kita? Mencari pekerjaan merupakan antara salah satu azam tahun baru yang paling diinginkan oleh semua. Macam mana cara kita untuk mencapai azam tersebut? Membuat persediaan yang betul adalah langkah yang bijak. Roy Chen, seorang jurulatih kerjaya berkongsikan tips ketika mencari pekerjaan dan ketika menjalani temuduga.

Tips 1 : Buat kajian terlebih dahulu

Apa maklumat yang perlu kita cari? Antaranya maklumat mengenai syarikat tersebut, latar belakang syarikat, carta organisasi, apa perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat tersebut dan yang paling penting dengan siapa kita akan ditemuduga. Apabila kita tahu dan faham mengenai syarikat tersebut kita dapat bertanya dan menjawab soalan-soalan penting yang bakal diajukan. Jangan berpura-pura kerana mereka tahu.

Tips 2 : Ambil tahu kehendak mereka

Kita perlu sentiasa peka dengan skop pekerjaan yang ditawarkan. Kita perlu lihat spesifikasi yang diinginkan oleh mereka. Kita perlu tahu apakah kehendak mereka dan bagaimana kita boleh menjadi seorang yang memberi nilai kepada syarikat jika kita bekerja di sana. Jangan malu untuk berterus terang mengenai nilai yang kita ada agar penemuduga tidak keliru atau salah faham dengan kita.

Tips 3 : Pertahankan diri anda

Kebiasaanya penemuduga akan melihat resume kita dan menilai kita melaluinya. Jangan biarkan ini berlaku! Mungkin anda akan ditanya mengapa anda membuat keputusan untuk bekerja disini, mengapa anda sering bertukar pekerjaan, atau tidak memiliki kelayakan yang diinginkan. Sentiasa bersedia untuk soalan-soalan yang sedemikian.

Tips 4: Dengar

Dengar dan sentiasa mendengar apa yang dikatakan oleh penemuduga. Perkara-perkara kecik yang kita sangka tidak penting itulah yang menjadi titik tolak keputusan yang bakal dibuat. Apabila kita dapat memberi perhatian dan tidak terlalu gemuruh, kita akan dapat berfikir dengan matang danfaham soalan yang akan diajukan kepada kita.

Tips 5 : Jangan over confident

Kita kebiasaanya akan membuat persediaan sebelum menghadapai temuduga, tetapi perlu diingat, jangan terlalu yakin dan terlalu mengikut format soal jawab soalan interview yang selalu kita nampak. Jika tidak kita akan kelihatan seperti robot yang menjawab soalan mengikut apa yang diprogramkan.

12 Kesalahan Interview Yang Selalu Berlaku, Berdasarkan Pengalaman Panel Temuduga

12 Kesalahan Interview Yang Selalu Berlaku, Berdasarkan Pengalaman Panel Temuduga

Interview dan cari kerja bukanlah suatu pekara yang mudah pada zaman ini, dengan persaingan yang sengit, mendapat peluang untuk interview sahaja sudah dikira bertuah, jadi jangan rosakkan peluang interview anda dengan perkara-perkara yang mungkin anda tidak sedar mampu menyebabkan anda tidak diambil bekerja.
Tips berikut adalah berdasarkan pengalaman beberapa orang majikan berkenaan pekara yang tidak harus dilakukan oleh calon temuduga.Kalau korang rasa nak ada peluang untuk diambil bekerja, tolong jangan lakukan atau elakkan 12 kesalahan interview berikut:

#Kesalahan Interview 1: Datang lambat

“ Jika ada calon yang terlewat untuk menghadiri temuduga, saya tidak akan interview mereka, melainkan ada alasan yang kukuh dan munasabah atau menghubungi pihak penemuduga terlebih dahulu”.

#Kesalahan 2: Tak berminat

“ Saya pernah menemuduga seorang gadis sebelum ini untuk kerja part-time. Dia keluarkan handphonenya sambil complain yang interviewnya sangat lama.”

#Kesalahan 3: Tidak mengikut arahan

“Saya letakkan iklan kerja kosong di job posting site, dan pada ayat terakhir iklan tersebut saya nyatakan; sila hantar resume dan cover letter anda dalam PDF.”
“Saya mendapat beratus permohonan. Mau tahu berapa permohonan yang hantar resume dan cover letter dalam PDF? Hanya 20 orang. Patutlah saya hairan kenapa saya susah dapat dapat kerja selepas habis belajar dulu.”

#Kesalahan 4: Jangan gambarkan diri sebagai seorang mempunyai bad attitude

“Saya pernah interview seorang calon, dan hampir kesemua jawapannya seolah-olah melawan authority.”
‘Boleh awak ceritakan pengalaman ketika awak diberikan tugasan yang banyak, dan bagaimana awak handle nya?’
‘Well, ada pernah sekali bos saya suruh saya berhenti tolong rakan sekerja yang lain sebelum siapkan kerja saya dahulu, dan saya beritahunya bahawa saya akan tolong kalau saya rasakan perlu dan bos saya tak sukakannya…..’

#Kesalahan 5: Jangan kelentong CV dan gagal pula untuk backupnya

“Jangan state yang kamu ada excellent communication skills,buat  grammar errors dalam CV ditambah pula spelling mistake, dan masa interview, kurang responsive atau cakap tak berhenti.”

#Kesalahan 6: Gunakan email yang professional atau proper

“Pernah ada seorang calon temuduga, datang dengan berpakaian t-shirt dan jeans yang kelihatan sangat tidak professional walaupun untuk jawatan pekedai. Apa yang lagi teruk ialah email address nya …DANKWAGON420. Tak perlu ditanya samada dia di hired atau tidak.”

#Kesalahan 7: Jangan berpura jadi perfect

“Bersikap seperti kamu seorang yang tidak pernah mempunyai sebarang masalah. Jika saya  tanya kamu bagaimana caranya kamu akan selesaikan masalah dan kamu jawab bahawa kamu tidak akan pernah membuat masalah, saya akan beranggapan yang kamu adalah seorang pembohong.”

#Kesalahan 8: Tiada soalan

“Bila tiada research dibuat tentang company atau soalan mengenai position yang ditawarkan.”
“Cubalah tanya seperti ‘Saya ada membuat research mengenai position dan/atau company….tugasan untuk pekerjaan ini/itu/lain……betulkah/begitukah?’
“Ianya menunjukkan yang kamu telah membuat research, seorang yang proactive dan dalam masa yang sama kamu akan lebih faham tentang  scope position yang kamu masih kurang jelas.”

#Kesalahan 9: Berpenampilan selekeh

“Jaga penampilan sebaik mungkin untuk interview. Saya tidak maksudkan anda harus wajib bersut dan tie, namun saya pernah menolak untuk menemuduga seorang lelaki gara-gara penampilannya.”
“Dia bertanya kenapa, dan saya menjawab bahawa dia tidak bersedia untuk ditemuduga. Dia memakai cap dengan t-shirt terpampang perkataan ‘I Love Hot Moms’, berkasut dengan 2 warna yang berbeza tanpa shoe lace diikat, dan jeans yang lusuh sehingga menampakkan boxernya.”

#Kesalahan 10: Jangan tukar atau elak soalan

“Bila mereka cuba menukar soalan ‘apa kelemahan terbesar anda’ kepada peluang untuk memuji diri sendiri dengan memberikan jawapan seperti ‘saya adalah seorang perfectionist’ atau ‘saya seorang yang terlalu mementingkan kerja’.”

#Kesalahan 11: Jangan biarkan perasaan gementar dan kalut yang melampau

“ Terdapat perbezaan diantara seseorang yang gementar semasa interview yang saya rasakan itu adalah sesuatu yang baik kerana menunjukkan anda betul-betul berminat terhadap position tersebut berbanding orang yang terlalu kalut.”
“ Saya lebih memilih untuk bekerja dengan orang yang lebih santai dan boleh terima teguran serta improve. Ianya sangat susah untuk bekerja dengan orang yang tidak mahu mendengar dan tergesa-gesa, deal dengan pekerja yang terlalu kalut dan tidak boleh menerima kritikan sangat memenatkan.”

#Kesalahan 12: Memburukkan pekerjaan sebelum ini

“Bila calon terlalu complain tentang majikannya  terdahulu, ianya mungkin menjadi masalah untuk saya  sebagai majikan suatu hari nanti, dan saya tidak mahu mengambil pekerja sedemikian.”

As one of the leading recruitment and training agency in Malaysia, Career Centre's focus is to help the Malaysian jobseekers who are looking to advance themselves either in career development or skills enhancement. There are many Jobs in Malaysia or Jawatan Kosong posted on our website such as Admin Assistant, Graphic Designer, Web Developer, Customer Service, Accountant and many more. In addition, you can also choose the type of jobs that suits your need ranging from full time to part time, temporary-based, internship, contract-based and freelance jobs. Find a job and submit your resume now! If you are hiring, you are welcome to post at 'Job Advertisement' section on our website
Looking for new employee with ZERO cost?

Looking for new employee with ZERO cost?

Looking for new employee with ZERO cost?
You have found the right platform.

Elite Career Centre would like to offer your company to post available job vacancies on our website. You will gain benefit such as below:

             • Cut cost with FREE job postings (save RM50/posting)

             • Valid until end of this month

             • FREE access to more than 5,000 candidate database

             • Join other 1000+ companies in our database of employers

             • Match the candidate with your job requirement

             • 3,000 viewers daily on the job portal (Google Analytics)

As of now, we have 50,000 of databases on the information of applicants and job seekers and we are expecting to receive another 30,000 from our official website, Facebook and other social media medium. On the day of the event, we are expecting to receive 20,000 more information from the visitors and exhibitors itself.

Post your job vacancy now at http://www.careercentre.com.my. We are closing the free postings for employer soon. Don't miss this golden opportunity to meet the right candidate for your company, with zero cost!

______________________________________________________________________

Sedang mencari pekerja baharu TANPA kos?

                                                Anda berada di tempat yang betul.

Sehubungan dengan itu, Elite Career Centre ingin menawarkan pengiklanan jawatan kosong di laman web kami. Manfaat yang anda akan peroleh adalah:

                • Iklan jawatan kosong secara PERCUMA (jimat RM50/iklan)

                • Sah sehingga hujung bulan ini

                • Akses percuma untuk lebih daripada 5,000 calon daripada pangkalan data

                • Sertai 1000+ majikan lain yang menyiarkan jawatan kosong

                • Padankan calon dengan keperluan kerja

               • 3,000 penonton setiap hari di portal kerja (Google Analytics)

Sehingga kini, kami mempunyai 50,000 pangkalan data mengenai maklumat pemohon dan pencari kerja. Kami menjangkakan untuk menerima sebanyak 30,000 pangakalan data daripada laman web rasmi Career Centre, Facebook dan pelbagai medium media sosial yang lain. Pada 19 November nanti, kami menjangka untuk menerima 20,000 maklumat daripada pengunjung yang hadir dan pempamer.

 Iklankan jawatan kosong sekarang di http://www.careercentre.com.my. Kami akan menutup tawaran percuma kepada majikan tidak lama lagi. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mendapatkan calon yang tepat untuk syarikat anda, TANPA KOS!

 Yang benar,

 Kumpulan Pemasaran

Elite Career Centre Sdn. Bhd.

KARNIVAL KERJAYA DAN PENDIDIKAN

KARNIVAL KERJAYA DAN PENDIDIKAN



Tarikh : 19 November 2016
Masa : 10.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : IM4U Puchong

Penaja Utama:
- Westport
- IKBN

Antara Syarikat Yang Turut Serta:
- Sime Darby
- Bean Inspired Venture
- UMW Corporation
- MARA
- Perodua
- Jabatan pembamgunan manusia (JPK)
- KJ Can Factory
- Ranaco Education
- Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
- Eden
- Safety Driving School
- CIAST
- Kolej Komunity Sabak Bernam
- Riz Q
- HRDF
- HLA Group of Companies
- Tim Bodycare Training Centre
- Suria College
- Ace Training
- Dan banyak lagi syarikat lain

Dengan Kerjasama:
- Kementerian Sumber Manusia (KSM)
- Kementerian Belia dan Sukan (KBS)

Penaja tempat
- iM4U

Dianjurkan Oleh: Ellite Career Centre Sdn Bhd.

https://www.facebook.com/events/1817789111768039

Register now @ :  http://yescc.careercentre.com.my