Showing posts with label JPK. Show all posts
Showing posts with label JPK. Show all posts
3 Langkah Untuk Berhenti Dari Sering Bertukar Kerja

3 Langkah Untuk Berhenti Dari Sering Bertukar Kerja

cara mengatasi sering bertukar kerja

3 Langkah Untuk Berhenti Dari Sering Bertukar Kerja

Sikap untuk seseorang yang sering bertukar kerja amat sukar dihentikan tetapi tidak mustahil jika anda terus mencuba. Mari kita lihat langkah-langkah yang boleh diambil untuk memberhentikan kitaran ini.

1.Berhenti Bertanggapan Buruk, Mulakan Perancangan

Untuk pecahkan kitaran ini, anda perlu mula untuk berhenti bertanggapan buruk atau memberi reaksi terhadap sesuatau yang terjadi.  Seperti dalam artikel sebelum ini kita telah membincangkan punca sering bertukar kerja, salah satu puncanya ialah membuat keputusan tergesa-gesa. Berhenti melakukannya!
Ambil masa anda untuk menilai dan membuat keputusan dengan bijak. Fikirkan bagaimana anda bersusah untuk mendapatkan kerja tersebut. Katakan pada diri anda bahawa anda boleh mengharunginya dan cari kelebihan diri anda untuk megatsi masalah yang mendatang.  Jika anda stress, ambil masa untuk tenangkan fikiran anda.

2.Ambil Kesempatan Dimana Anda Berada

Semasa anda menjalani proses menilai diri anda, cuba ambil peluang yang ada untuk menambah pengalaman anda. Mungkin anda baru mengalaminya buat pertama kali, tetapi jika anda dapat mengatasinya anda boleh melakukan perkara yang sama pada masa hadapan. Pada masa yang sama juga, majikan anda tidak akan berasa menyesal menawarkan pekerjaan ini kepada anda, kerana anda dapat menyelesaikan masalah yang ada dan bukan meninggalkan masalah tersebut begitu sahaja. Ataupun ianya boleh digunakan ditempat baru.

3.Melaksanakan Pencarian Kerja

Jika anda ingin mencari pekerjaan baru, pastikan anda betul-betul memfokuskan carian anda. Kemaskini resume anda mengikut kehendak jawatan yang ditawarkan. Jangan biarkan rasa tidak puas hati anda menyebabkan anda bertindak dengan tergesa-gesa untuk mencari pekerjaan baru. Pastikan anda membuat pemilihan yang betul dan menetapkan target anda bahawa pekerjaan yang seterusnya adalah pekerjaan tetap anda.
Walaupun anda mendapat pekerjaan yang tidak sepenuhnya menepati citarasa anda, pastikan anda kekal lama disana. Mungkin dalam tempoh masa lima tahun dan anda bolehlah mencari pekerjaan baru bagi menambah lagi pengalaman anda.

KURSUS INDUKSI PENTAULIAHAN PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA PP-PPD-PPB 3-4 SEPTEMBER 2016

KURSUS INDUKSI PENTAULIAHAN PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA PP-PPD-PPB 3-4 SEPTEMBER 2016


Tujuan Kursus

1. Memenuhi syarat untuk menjadi PP/PPD/PPB.
2. Sebagai persediaan menjadi PPL / PP-PPT / PPL-PPT / PPL-SLDN.
3. Memahami sistem dan operasi Persijilan Kemahiran Malaysia.

Kebaikan Kursus

1. Menggunakan silibus JabatanPembangunan Kemahiran (JPK).
2. Dikendalikan oleh pegawai JPK yang berpengalaman.
3. Sijil Kehadiran akan dikeluarkan oleh JPK dan diiktiraf kerajaan.
4. Dikendalikan pada hujung minggu.
 

Kumpulan Peserta Kursus

1. Calon Pegawai Penilai (PP)/Jurulatih/Pengajar.
2. Calon Pegawai Pengesah Dalaman (PPD).
3. Calon Pengurus Pusat Bertauliah (PPB).
4. Individu yang terlibat dengan pengendalian Pusat bertauliah.
 

Program Kursus

Modul 1 – Pengenalan kepada Persijilan Kemahiran Malaysia.
Modul 2 – Perlaksanaan latihan berasaskan ketrampilan.
Modul 3 – Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).
Modul 4 – Pembangunan pakej pembelajaran.
Modul 5 – ‘National Competency Standard’ Core Abilities.
Modul 6 – Konsep dan pentauliah Pusat Bertauliah.
Modul 7 – Sistem dan prosedur jaminan mutu.
Modul 8 – Portfolio calon dan rekod penilaian.
Modul 9 – Prinsip dan prosedur penilaian.
 

Info Kursus

Tarikh : 3 – 4 September 2016 (2 hari)
Tempat : Elite Career Centre Sdn Bhd, Unit 1301, Tingkat 12, Block C, Kelana Centre Point, Jalan SS7/19, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya, Selangor.
Kemudahan : Wifi internet percuma, surau, tempat letak kenderaan, kedai serbaneka (7 Eleven), stesen LRT Glenmarie.
Yuran Kursus : RM 350 + RM 30 (Nota, makan & minum untuk 2 hari)
*Untuk penyertaan berkumpulan, hubungi kami untuk harga berkumpulan.
 

Pendaftaran & Pembayaran Kursus

1. Borang pendaftaran peserta boleh didapati pada lampiran yang disediakan.
2. Borang pendaftaran perlu diisi dan disertakan dengan cop syarikat dan pengesahan majikan kecuali peserta adalah individu persendirian.
3. Peserta juga perlu sertakan salinan kad pengenalan untuk pendaftaran.
4. Pembayaran boleh dilakukan ke akaun yang tertera di bawah dan bukti pembayaran boleh diserahkan melalui email.
 
Account Name : Elite Career Centre Sdn Bhd
Bank : Maybank
Account No : 562227333800
Email : sales@careercentre.com.my

Peta & Lokasi Kursus

Tempat : Elite Career Centre Sdn Bhd, Unit 1301, Tingkat 12, Block C, Kelana Centre Point, Jalan SS7/19, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya, Selangor.
GPS/Waze : Career Centre Malaysia (3.100106, 101.5918291)

Untuk Pertanyaan & Penyertaan Kursus

Hubungi +603 7886 5052 / +6016 637 8237 (Faizal)
atau email ke sales@careercentre.com.my
http://careercentre.com.my/kursus-induksi-pp-ppd-ppb-3-4-september-2016/