Tip Temu Duga Kerja

Tip Temu Duga Kerja
Disediakan oleh: Career Centre Malaysia

Calon dinasihatkan untuk membuat penyelidikan yang menyeluruh tentang majikan dan profil syarikat yang akan menemuduga sebelum hari temu duga kerja 

1) Profil Syarikat




Calon sebaiknya melakukan sedikit sebanyak penyelidikan berkaitan latar belakang syarikat sebelum hadir untuk temu duga. Perkara penting yang perlu diketahui sebelum temu duga antaranya portfolio syarikat, subsidiari dan pengurusan tertinggi syarikat. Lebih mendalam penyelidikan yang dijalankan, lebih menyeluruh kefahaman calon tentang majikan berpotensi dan lebih mudah untuk menjawab soalan temu duga nanti. Sumber maklumat yang boleh digunakan termasuklah website organisasi dan bahan-bahan yang diterbitkan serta rangkaian kenalan dan orang hubungan.

2) Pakaian untuk Temu Duga



Rancang dengan baik pakaian yang akan dipakai sehari sebelum hari temu duga. Lebih baik untuk memakai pakaian secara berlebih-lebihan daripada memakai pakaian yang tidak mencukupi. Untuk lelaki, memakai sut dengan tali leher secara  lengkap adalah digalakkan manakala wanita boleh pilih antara baju kurung atau pakaian formal pejabat. Jangan memakai pakaian yang terlalu mendedahkan


3) Hadir awal untuk Temu Duga



Tepati masa untuk ditemuduga. Waktu yang terbaik adalah hadir ke tempat temu duga 15 minit awal sebelum waktu temu duga untuk memberi ruang dan masa menenangkan diri. Sehari sebelum hari temu duga, susun beberapa salinan tambahan resume atau CV untuk dibawa bersama.

4) Mempamerkan keyakinan sewaktu temu duga



Berikan mesej yang positif menggunakan bahasa gerak-geri. Jabat tangan dengan genggaman yang erat, tetapi hanya apabila ditawarkan terlebih dahulu untuk berjabat tangan. Kekalkan temuan mata (eye contact) dan dengar dengan teliti. Raikan semua soalan, termasuk yang sukar dengan senyuman. Berikan jawapan yang jujur dan jelas. Kembangkan jawapan yang sesuai dalam minda anda sebelum memberi jawapan kepada pihak penemuduga. Jika anda tidak memahami soalan yang diajukan, anda boleh meminta penemuduga untuk ulang soalan atau meminta dijelaskan soalan dengan lebih lanjut untuk anda. Anda tidak perlu tergesa-gesa untuk menjawab soalan yang diajukan kepada anda tetapi anda juga tidak mahu kelihatan seperti tidak mampu membuat keputusan dengan baik.


5)  Tamatkan temu duga dengan tanggapan yang positif



Pengakhiran yang positif sewaktu temu duga adalah salah satu cara untuk menyumbang kepada kejayaan temu duga anda. Anda perlulah mempamerkan sikap yang sopan santun dan benarkan temu duga untuk berakhir pada waktu yang ditetapkan. Nyatakan semula kekuatan dan pengalaman anda yang mungkin tidak ditekankan sebelumnya. Nyatakan kejayaan tertentu atau aktiviti yang selari dengan jawatan pekerjaan. Cuba bertanya dan mencari jika terdapat sebarang temu duga tambahan. Nyatakan waktu anda akan menhubungi majikan berpotensi untuk mengetahui tentang keputusan temu duga. Jangan lupa untuk menghantar nota terima kasih atau surat selepas selesai temu duga.



Share this

Related Posts

Previous
Next Post »