Showing posts with label kerjaya. Show all posts
Showing posts with label kerjaya. Show all posts
3 Langkah Untuk Berhenti Dari Sering Bertukar Kerja

3 Langkah Untuk Berhenti Dari Sering Bertukar Kerja

cara mengatasi sering bertukar kerja

3 Langkah Untuk Berhenti Dari Sering Bertukar Kerja

Sikap untuk seseorang yang sering bertukar kerja amat sukar dihentikan tetapi tidak mustahil jika anda terus mencuba. Mari kita lihat langkah-langkah yang boleh diambil untuk memberhentikan kitaran ini.

1.Berhenti Bertanggapan Buruk, Mulakan Perancangan

Untuk pecahkan kitaran ini, anda perlu mula untuk berhenti bertanggapan buruk atau memberi reaksi terhadap sesuatau yang terjadi.  Seperti dalam artikel sebelum ini kita telah membincangkan punca sering bertukar kerja, salah satu puncanya ialah membuat keputusan tergesa-gesa. Berhenti melakukannya!
Ambil masa anda untuk menilai dan membuat keputusan dengan bijak. Fikirkan bagaimana anda bersusah untuk mendapatkan kerja tersebut. Katakan pada diri anda bahawa anda boleh mengharunginya dan cari kelebihan diri anda untuk megatsi masalah yang mendatang.  Jika anda stress, ambil masa untuk tenangkan fikiran anda.

2.Ambil Kesempatan Dimana Anda Berada

Semasa anda menjalani proses menilai diri anda, cuba ambil peluang yang ada untuk menambah pengalaman anda. Mungkin anda baru mengalaminya buat pertama kali, tetapi jika anda dapat mengatasinya anda boleh melakukan perkara yang sama pada masa hadapan. Pada masa yang sama juga, majikan anda tidak akan berasa menyesal menawarkan pekerjaan ini kepada anda, kerana anda dapat menyelesaikan masalah yang ada dan bukan meninggalkan masalah tersebut begitu sahaja. Ataupun ianya boleh digunakan ditempat baru.

3.Melaksanakan Pencarian Kerja

Jika anda ingin mencari pekerjaan baru, pastikan anda betul-betul memfokuskan carian anda. Kemaskini resume anda mengikut kehendak jawatan yang ditawarkan. Jangan biarkan rasa tidak puas hati anda menyebabkan anda bertindak dengan tergesa-gesa untuk mencari pekerjaan baru. Pastikan anda membuat pemilihan yang betul dan menetapkan target anda bahawa pekerjaan yang seterusnya adalah pekerjaan tetap anda.
Walaupun anda mendapat pekerjaan yang tidak sepenuhnya menepati citarasa anda, pastikan anda kekal lama disana. Mungkin dalam tempoh masa lima tahun dan anda bolehlah mencari pekerjaan baru bagi menambah lagi pengalaman anda.
Azam Tahun Baru Nak Dapat Kerja? Jom Tengok Tips Ni

Azam Tahun Baru Nak Dapat Kerja? Jom Tengok Tips Ni

Azam Tahun Baru Nak Dapat Kerja? Jom Tengok Tips Ni


Azam baru? Jadi apa azam tahun baru kita? Mencari pekerjaan merupakan antara salah satu azam tahun baru yang paling diinginkan oleh semua. Macam mana cara kita untuk mencapai azam tersebut? Membuat persediaan yang betul adalah langkah yang bijak. Roy Chen, seorang jurulatih kerjaya berkongsikan tips ketika mencari pekerjaan dan ketika menjalani temuduga.

Tips 1 : Buat kajian terlebih dahulu

Apa maklumat yang perlu kita cari? Antaranya maklumat mengenai syarikat tersebut, latar belakang syarikat, carta organisasi, apa perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat tersebut dan yang paling penting dengan siapa kita akan ditemuduga. Apabila kita tahu dan faham mengenai syarikat tersebut kita dapat bertanya dan menjawab soalan-soalan penting yang bakal diajukan. Jangan berpura-pura kerana mereka tahu.

Tips 2 : Ambil tahu kehendak mereka

Kita perlu sentiasa peka dengan skop pekerjaan yang ditawarkan. Kita perlu lihat spesifikasi yang diinginkan oleh mereka. Kita perlu tahu apakah kehendak mereka dan bagaimana kita boleh menjadi seorang yang memberi nilai kepada syarikat jika kita bekerja di sana. Jangan malu untuk berterus terang mengenai nilai yang kita ada agar penemuduga tidak keliru atau salah faham dengan kita.

Tips 3 : Pertahankan diri anda

Kebiasaanya penemuduga akan melihat resume kita dan menilai kita melaluinya. Jangan biarkan ini berlaku! Mungkin anda akan ditanya mengapa anda membuat keputusan untuk bekerja disini, mengapa anda sering bertukar pekerjaan, atau tidak memiliki kelayakan yang diinginkan. Sentiasa bersedia untuk soalan-soalan yang sedemikian.

Tips 4: Dengar

Dengar dan sentiasa mendengar apa yang dikatakan oleh penemuduga. Perkara-perkara kecik yang kita sangka tidak penting itulah yang menjadi titik tolak keputusan yang bakal dibuat. Apabila kita dapat memberi perhatian dan tidak terlalu gemuruh, kita akan dapat berfikir dengan matang danfaham soalan yang akan diajukan kepada kita.

Tips 5 : Jangan over confident

Kita kebiasaanya akan membuat persediaan sebelum menghadapai temuduga, tetapi perlu diingat, jangan terlalu yakin dan terlalu mengikut format soal jawab soalan interview yang selalu kita nampak. Jika tidak kita akan kelihatan seperti robot yang menjawab soalan mengikut apa yang diprogramkan.

12 Kesalahan Interview Yang Selalu Berlaku, Berdasarkan Pengalaman Panel Temuduga

12 Kesalahan Interview Yang Selalu Berlaku, Berdasarkan Pengalaman Panel Temuduga

Interview dan cari kerja bukanlah suatu pekara yang mudah pada zaman ini, dengan persaingan yang sengit, mendapat peluang untuk interview sahaja sudah dikira bertuah, jadi jangan rosakkan peluang interview anda dengan perkara-perkara yang mungkin anda tidak sedar mampu menyebabkan anda tidak diambil bekerja.
Tips berikut adalah berdasarkan pengalaman beberapa orang majikan berkenaan pekara yang tidak harus dilakukan oleh calon temuduga.Kalau korang rasa nak ada peluang untuk diambil bekerja, tolong jangan lakukan atau elakkan 12 kesalahan interview berikut:

#Kesalahan Interview 1: Datang lambat

“ Jika ada calon yang terlewat untuk menghadiri temuduga, saya tidak akan interview mereka, melainkan ada alasan yang kukuh dan munasabah atau menghubungi pihak penemuduga terlebih dahulu”.

#Kesalahan 2: Tak berminat

“ Saya pernah menemuduga seorang gadis sebelum ini untuk kerja part-time. Dia keluarkan handphonenya sambil complain yang interviewnya sangat lama.”

#Kesalahan 3: Tidak mengikut arahan

“Saya letakkan iklan kerja kosong di job posting site, dan pada ayat terakhir iklan tersebut saya nyatakan; sila hantar resume dan cover letter anda dalam PDF.”
“Saya mendapat beratus permohonan. Mau tahu berapa permohonan yang hantar resume dan cover letter dalam PDF? Hanya 20 orang. Patutlah saya hairan kenapa saya susah dapat dapat kerja selepas habis belajar dulu.”

#Kesalahan 4: Jangan gambarkan diri sebagai seorang mempunyai bad attitude

“Saya pernah interview seorang calon, dan hampir kesemua jawapannya seolah-olah melawan authority.”
‘Boleh awak ceritakan pengalaman ketika awak diberikan tugasan yang banyak, dan bagaimana awak handle nya?’
‘Well, ada pernah sekali bos saya suruh saya berhenti tolong rakan sekerja yang lain sebelum siapkan kerja saya dahulu, dan saya beritahunya bahawa saya akan tolong kalau saya rasakan perlu dan bos saya tak sukakannya…..’

#Kesalahan 5: Jangan kelentong CV dan gagal pula untuk backupnya

“Jangan state yang kamu ada excellent communication skills,buat  grammar errors dalam CV ditambah pula spelling mistake, dan masa interview, kurang responsive atau cakap tak berhenti.”

#Kesalahan 6: Gunakan email yang professional atau proper

“Pernah ada seorang calon temuduga, datang dengan berpakaian t-shirt dan jeans yang kelihatan sangat tidak professional walaupun untuk jawatan pekedai. Apa yang lagi teruk ialah email address nya …DANKWAGON420. Tak perlu ditanya samada dia di hired atau tidak.”

#Kesalahan 7: Jangan berpura jadi perfect

“Bersikap seperti kamu seorang yang tidak pernah mempunyai sebarang masalah. Jika saya  tanya kamu bagaimana caranya kamu akan selesaikan masalah dan kamu jawab bahawa kamu tidak akan pernah membuat masalah, saya akan beranggapan yang kamu adalah seorang pembohong.”

#Kesalahan 8: Tiada soalan

“Bila tiada research dibuat tentang company atau soalan mengenai position yang ditawarkan.”
“Cubalah tanya seperti ‘Saya ada membuat research mengenai position dan/atau company….tugasan untuk pekerjaan ini/itu/lain……betulkah/begitukah?’
“Ianya menunjukkan yang kamu telah membuat research, seorang yang proactive dan dalam masa yang sama kamu akan lebih faham tentang  scope position yang kamu masih kurang jelas.”

#Kesalahan 9: Berpenampilan selekeh

“Jaga penampilan sebaik mungkin untuk interview. Saya tidak maksudkan anda harus wajib bersut dan tie, namun saya pernah menolak untuk menemuduga seorang lelaki gara-gara penampilannya.”
“Dia bertanya kenapa, dan saya menjawab bahawa dia tidak bersedia untuk ditemuduga. Dia memakai cap dengan t-shirt terpampang perkataan ‘I Love Hot Moms’, berkasut dengan 2 warna yang berbeza tanpa shoe lace diikat, dan jeans yang lusuh sehingga menampakkan boxernya.”

#Kesalahan 10: Jangan tukar atau elak soalan

“Bila mereka cuba menukar soalan ‘apa kelemahan terbesar anda’ kepada peluang untuk memuji diri sendiri dengan memberikan jawapan seperti ‘saya adalah seorang perfectionist’ atau ‘saya seorang yang terlalu mementingkan kerja’.”

#Kesalahan 11: Jangan biarkan perasaan gementar dan kalut yang melampau

“ Terdapat perbezaan diantara seseorang yang gementar semasa interview yang saya rasakan itu adalah sesuatu yang baik kerana menunjukkan anda betul-betul berminat terhadap position tersebut berbanding orang yang terlalu kalut.”
“ Saya lebih memilih untuk bekerja dengan orang yang lebih santai dan boleh terima teguran serta improve. Ianya sangat susah untuk bekerja dengan orang yang tidak mahu mendengar dan tergesa-gesa, deal dengan pekerja yang terlalu kalut dan tidak boleh menerima kritikan sangat memenatkan.”

#Kesalahan 12: Memburukkan pekerjaan sebelum ini

“Bila calon terlalu complain tentang majikannya  terdahulu, ianya mungkin menjadi masalah untuk saya  sebagai majikan suatu hari nanti, dan saya tidak mahu mengambil pekerja sedemikian.”

As one of the leading recruitment and training agency in Malaysia, Career Centre's focus is to help the Malaysian jobseekers who are looking to advance themselves either in career development or skills enhancement. There are many Jobs in Malaysia or Jawatan Kosong posted on our website such as Admin Assistant, Graphic Designer, Web Developer, Customer Service, Accountant and many more. In addition, you can also choose the type of jobs that suits your need ranging from full time to part time, temporary-based, internship, contract-based and freelance jobs. Find a job and submit your resume now! If you are hiring, you are welcome to post at 'Job Advertisement' section on our website

KARNIVAL KERJAYA DAN PENDIDIKAN

KARNIVAL KERJAYA DAN PENDIDIKAN



Tarikh : 19 November 2016
Masa : 10.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : IM4U Puchong

Penaja Utama:
- Westport
- IKBN

Antara Syarikat Yang Turut Serta:
- Sime Darby
- Bean Inspired Venture
- UMW Corporation
- MARA
- Perodua
- Jabatan pembamgunan manusia (JPK)
- KJ Can Factory
- Ranaco Education
- Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
- Eden
- Safety Driving School
- CIAST
- Kolej Komunity Sabak Bernam
- Riz Q
- HRDF
- HLA Group of Companies
- Tim Bodycare Training Centre
- Suria College
- Ace Training
- Dan banyak lagi syarikat lain

Dengan Kerjasama:
- Kementerian Sumber Manusia (KSM)
- Kementerian Belia dan Sukan (KBS)

Penaja tempat
- iM4U

Dianjurkan Oleh: Ellite Career Centre Sdn Bhd.

https://www.facebook.com/events/1817789111768039

Register now @ :  http://yescc.careercentre.com.my

Pameran Kerjaya & Pendidikan berunsurkan TVET; Youth Education, Employment and Skills Exhibition (YESCC)

Mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran telah meningkat sebanyak 0.1%, iaitu daripada 3.1% pada bulan Oktober 2015 kepada 3.2% pada bulan November 2015. Malaysiakini juga telah melaporkan pada Oktober 2015 bahawa para graduan adalah kumpulan yang paling ramai menganggur berbanding golongan yang hanya mendapat pendidikan menengah dan rendah.
 Statistik yang membimbangkan ini menuntut pelbagai pihak untuk mengambil tindakan proaktif untuk membantu mewujudkan pekerjaan yang dapat diisi oleh golongan yang belum mendapat pekerjaan ini. Dalam usahasama untuk mengurangkan pengangguran di dalam negara serta memperkasakan ekonomi negara, khususnya dalam membantu para graduan baru dan pelajar lepasan SPM, Elite Career Centre akan menganjurkan program Youth Education, Employment and Skills Exhibition (YESCC) untuk membantu para pelajar jurusan Technical and Vocational Education and Training (TVET) mendapatkan maklumat lanjut berkenaan peluang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Di samping itu, program ini juga akan memaparkan pekerjaan yang bersesuaian daripada pelbagai industri kepada graduan lepasan TVET.

Pameran YESCC ini adalah suatu platform yang baik untuk bakal pelajar, wakil industri, dan golongan profesional yang diiktiraf untuk mendapatkan kesedaran kerjaya serta mencari peluang pendidikan dan pekerjaan.
Sebilangan besar Pameran Peluang Pekerjaan (Career Fair) sedia ada ialah terbuka dan tiada platform khusus untuk pelajar lepasan TVET mahupun sekolah teknik yang bertumpu kepada kemahiran, vokasional dan latihan. Di bawah RMK-11, sebanyak 60% daripada 1.5 juta pekerjaan yang akan diwujudkan memerlukan kelayakan berkaitan TVET. Oleh itu, program YESCC ini diadakan selari dengan paparan industri yang mengalakkan pertumbuhan ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan yang pelbagai untuk golongan TVET, seperti yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi di bawah program National Key Economic Areas (NKEAs) selain daripada saranan Perdana Menteri Malaysia untuk mencapai matlamat 225,000 pelajar TVET pada tahun 2020.
Pameran Kerjaya & Pendidikan berunsurkan TVET ini akan berlangsung pada 19 November 2016, di IM4U Sentral, Puchong dari 10 pagi hingga 5 petang. Lokasi pameran hanya mengambil masa 5 minit dari LRT Taman Perindustrian Puchong dan terdapat kawasan tempat letak kereta yang luas di belakang IM4U untuk yang bercadang ke pameran ini menggunakan kenderaan sendiri. Kemasukan ke pameran adalah percuma dan pendaftaran boleh dilakukan secara walk-insewaktu hari pameran. Antara program utama yang akan berlangsung sewaktu Pameran Kerjaya & Pendidikan ini adalah majlis pelancaran Elite Career Centre dan juga pembukaan program yang akan dilangsungkan oleh YB Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia.
Pameran ini adalah suatu peluang keemasan kepada para pencari pekerjaan dalam bidang TVET untuk membina jaringan dan kenalan dalam bidang kemahiran yang bersesuaian serta platform yang sesuai untuk berkenalan dengan wakil syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa yang memerlukan tenaga pekerja mahir dalam industri bidang masing-masing. Kemahiran yang diasah dari peringkat awal iaitu dari sekolah menengah mahupun institusi pengajian tinggi adalah suatu kelebihan yang dimiliki oleh pelajar dan pekerja berlatarbelakang TVET.
Namun begitu, semua jenis pekerjaan memerlukan pekerja mempunyai sekurang-kurangnya mempunyai kemahiran asas termasuk kemahiran pentadbiran, kemahiran pengurusan, kemahiran bercakap di khalayak ramai, kemahiran menggunakan komputer dan pelbagai jenis kemahiran lagi. Oleh itu, bukan sahaja golongan TVET yang akan mendapat manfaat yang besar daripada pameran ini, tetapi juga setiap individu yang ingin mengasah serta mencapai potensi diri masing-masing.
Antara tarikan utama sewaktu pameran ini termasuk lebih daripada 4000 kerja kosong yang ditawarkan, seminar kemahiran temuduga & menambah baik resume, sesi temuduga bersama syarikat yang terpilih, penyertaan lebih daripada 40 syarikat & institusi pendidikan, bantuan kewangan pendidikan yang disediakan untuk pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Syarikat dan agensi yang akan turut serta untuk memberi sokongan kepada pengunjung serta pencari pekerjaan antaranya ialah Sime Darby Industrial, Westport, CIAST (Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan), PTPK (Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran) dan banyak lagi. Selain itu, tarikan utama yang lain sewaktu pameran adalah barisan food truck yang menyajikan pelbagai makanan dan minuman ala Barat dan Timur, cabutan bertuah yang hadiahnya terdiri daripada motosikal, iPhone dan juga barangan elektronik komputer.
Sebagai sebuah organisasi yang beroperasi penuh dalam usaha melahirkan perintis dan melaksanakan program pendidikan dan latihan bagi kawasan bandar dan luar bandar, Elite Career Centre ditubuhkan untuk membantu majikan mempamerkan iklan jawatan kosong terkini di dalam laman sesawang mencari kerja CareerCentre.com.my dengan harga yang rendah, selain menyediakan platform yang komprehensif kepada golongan yang mencari pekerjaan. Ditubuhkan pada Oktober 2014, Elite Career Centre juga menawarkan latihan yang bersifat kemahiran dan hands on untuk meningkatkan serta mengasah kemahiran individu.
Elite Career Centre dilancarkan untuk memberi peluang kepada golongan tempatan yang sedang mencari pekerjaan suatu landasan yang senang digunakan serta mesra pengguna. Elite Career Centre bertumpu pada warganegara Malaysia, kerana kadar pengangguran yang kian meningkat di kalangan graduan meningkat disebabkan kekurangan kemahiran penting, seperti kemahiran sosial, berkomunikasi, kepimpinan, serta kemahiran penyelesaian masalah dan pemikiran secara kritis dan kritikal.
Sebagai salah sebuah daripada agensi perekrutan pencari kerja dan latihan yang berdaftar di Malaysia, tumpuan Elite Career Centre ini adalah untuk membantu pencari kerja di Malaysia yang sedang mencari peluang dan ruang untuk memajukan diri sama ada dalam pembangunan kerjaya atau meningkatkan kemahiran diri yang sekaligus menjadi added value untuk individu tersebut.
 Terdapat banyak pekerjaan dan jawatan kosong di seluruh pelusuk negeri yang disiarkan di laman sesawang CareerCentre.com.my seperti pembantu tadbir, pereka grafik, pembangun web, perkhidmatan pelanggan, akauntan dan banyak lagi. Selain itu, pencari kerja juga boleh memilih jenis pekerjaan yang sesuai dengan keperluan, kemahiran dan pengalaman yang terdiri daripada sepenuh masa, separuh masa secara kontrak, latihan amali berasaskan kontrak atau berkerja secara bebas.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Pameran Kerjaya dan Pendidikan ini, boleh menghubungi talian 03-78865052 atau emel ke info@careercentre.com.my.

Jumpa anda di sana!!

Lihat Bagaimana Pemuda Ini Berjaya Dapatkan 10 Temuduga Dengan Donut

Lihat Bagaimana Pemuda Ini Berjaya Dapatkan 10 Temuduga Dengan Donut





Anda pasti susah nak percaya bagaimana pemuda ini berjaya dapatkan 10 temuduga kerja dengan donut sahaja.

Lukas Yla, seorang pemuda dari San Francisco berjaya menggunakan satu cara yang menarik dan unik untuk mendapatkan perhatian daripada bakal majikan. Beliau telah menyamar sebagai budak penghantar Postmates (sebuah syarikat penghantaran barang) dan telah menghantar sekotak donut percuma ke setiap syarikat dan agensi yang ingin disertainya.
Apabila kotak dibuka, whoa! Mereka menjumpai resume.
Walaupun cara pemuda ini menggunakan tipu helah, tetapi ia membawa hasil. Menurut Adweek, pemuda ini berjaya dipanggil untuk 10 sesi temuduga selepas menghantar donut hampir ke 40 syarikat dan agensi.
Itu kisah donut. Cuba anda bayangkan kalau anda sendiri cuba dengan menu Malaysia yang confirm lazat.
Sumber: Mashable

As one of the leading recruitment and training agency in Malaysia, Career Centre's focus is to help the Malaysian jobseekers who are looking to advance themselves either in career development or skills enhancement. There are many Jobs in Malaysia or Jawatan Kosong posted on our website such as Admin Assistant, Graphic Designer, Web Developer, Customer Service, Accountant and many more. In addition, you can also choose the type of jobs that suits your need ranging from full time to part time, temporary-based, internship, contract-based and freelance jobs. Find a job and submit your resume now! If you are hiring, you are welcome to post at 'Job Advertisement' section on our website
Looking for a job? Join our Job Fair on 19th Nov 2016 @ IM4U Puchong 10am-6pm.
Also, a chance to win a lucky draw :
3 x motorcycle
3 x smartphone and 100 lucky gifts worth over RM100 each!