Azam Tahun Baru Nak Dapat Kerja? Jom Tengok Tips Ni

Azam Tahun Baru Nak Dapat Kerja? Jom Tengok Tips Ni


Azam baru? Jadi apa azam tahun baru kita? Mencari pekerjaan merupakan antara salah satu azam tahun baru yang paling diinginkan oleh semua. Macam mana cara kita untuk mencapai azam tersebut? Membuat persediaan yang betul adalah langkah yang bijak. Roy Chen, seorang jurulatih kerjaya berkongsikan tips ketika mencari pekerjaan dan ketika menjalani temuduga.

Tips 1 : Buat kajian terlebih dahulu

Apa maklumat yang perlu kita cari? Antaranya maklumat mengenai syarikat tersebut, latar belakang syarikat, carta organisasi, apa perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat tersebut dan yang paling penting dengan siapa kita akan ditemuduga. Apabila kita tahu dan faham mengenai syarikat tersebut kita dapat bertanya dan menjawab soalan-soalan penting yang bakal diajukan. Jangan berpura-pura kerana mereka tahu.

Tips 2 : Ambil tahu kehendak mereka

Kita perlu sentiasa peka dengan skop pekerjaan yang ditawarkan. Kita perlu lihat spesifikasi yang diinginkan oleh mereka. Kita perlu tahu apakah kehendak mereka dan bagaimana kita boleh menjadi seorang yang memberi nilai kepada syarikat jika kita bekerja di sana. Jangan malu untuk berterus terang mengenai nilai yang kita ada agar penemuduga tidak keliru atau salah faham dengan kita.

Tips 3 : Pertahankan diri anda

Kebiasaanya penemuduga akan melihat resume kita dan menilai kita melaluinya. Jangan biarkan ini berlaku! Mungkin anda akan ditanya mengapa anda membuat keputusan untuk bekerja disini, mengapa anda sering bertukar pekerjaan, atau tidak memiliki kelayakan yang diinginkan. Sentiasa bersedia untuk soalan-soalan yang sedemikian.

Tips 4: Dengar

Dengar dan sentiasa mendengar apa yang dikatakan oleh penemuduga. Perkara-perkara kecik yang kita sangka tidak penting itulah yang menjadi titik tolak keputusan yang bakal dibuat. Apabila kita dapat memberi perhatian dan tidak terlalu gemuruh, kita akan dapat berfikir dengan matang danfaham soalan yang akan diajukan kepada kita.

Tips 5 : Jangan over confident

Kita kebiasaanya akan membuat persediaan sebelum menghadapai temuduga, tetapi perlu diingat, jangan terlalu yakin dan terlalu mengikut format soal jawab soalan interview yang selalu kita nampak. Jika tidak kita akan kelihatan seperti robot yang menjawab soalan mengikut apa yang diprogramkan.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »