KENANGAN NGERI KAKI DISEDUT MESIN KISAR AIS




















KENANGAN NGERI KAKI DISEDUT MESIN KISAR AIS

CHUKAI: 
"Hampir 10 minit saya meraung kesakitan tetapi tiada siapa datang membantu kerana jeritan saya ditenggelami bunyi mesin di dalam kilang," kata Azizi Aziz, 26, mengimbau kemalangan yang menimpanya pada 2 Februari tahun lalu. 
Dalam kejadian itu, kaki kanan Azizi hancur selepas disedut mesin pengisar ais di sebuah kilang ais di Chukai. Akibat kemalangan itu, hampir 20 sentimeter bahagian kaki kanannya terpaksa dipotong. Beliau berkata, selepas 10 minit menahan kesakitan, barulah rakan pekerja yang mendengar raungannya, datang membantu dan menarik keluar kakinya. "Bagaimanapun, sebahagian kaki kanan saya sudah hancur akibat di mamah mesin pengisar. Dalam keadaan sakit, saya dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk mendapatkan rawatan tetapi ia tidak dapat diselamatkan dan terpaksa dipotong. "Sehingga sekarang saya masih trauma apabila mendengar bunyi mesin pengisar ais," katanya. Pengalaman ngeri itu diceritakan Azizi pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Sedunia Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja Peringkat Kebangsaan di Resort World, Kijal, di sini, hari ini, yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib. Pada majlis itu, beliau menerima bantuan kaki palsu oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi membolehkannya bergerak dengan mudah. Beliau bersyukur kerana kini diterima bekerja di Mydin MITC Melaka, sejak Mac lalu.

Sumber Berita Harian

Jawatan Kosong TVET

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »