5 Punca Gagal Temu Duga Kerja


Antara 5 punca gagal temu duga kerja adalah seperti berikut:

1. Tidak Menyakinkan Penemu Duga

Gagal meyakinkan penemu duga mengenai kelebihan atau kebolehan dimiliki.

2. Tidak Mampu Berhujah

Tidak mampu berhujah atau memberikan pandangan bernas mengenai suatu perkara mahupun isu dibangkitkan.

3. Tidak Berpengetahuan Luas

Jawapan diberi kepada penemu duga menggambarkan pengetahuan terbatas kepada perkara tertentu sahaja.

4. Jawapan Tidak Menarik

Gagal memberikan jawapan menarik dari segi khidmat berserta nilai tambah tersendiri yang boleh disumbangkan kepada syarikat.

5. Komunikasi

Cara berkomunikasi kurang berkesan.

Majikan Enggan Ambil Risiko

Menurut artikel akhbar Berita Harian, kegagalan mengusai kemahiran berkomunikasi merupakan antara factor utama yang mengekang atau menjejaskan peluang graduan tempatan memperoleh pekerjaaan dalam pasaran semakin mencabar kini.
Biarpun mencatat pencapaian akademi cemerlang, kelemahan dalam aspek kritikal itu beserta penampilan kurang meyakinkan sering mendorong majikan enggan mengambil risiko menerima mereka menjadi modal insan baharu di syarikat.
Sewaktu temu duga, ada sebilangan graduan juga berani meminta kadar gaji tinggi yang tidak sepadan dengan tahap kelayakan dan kebolehan dimiliki sehingga ‘menutup’ minat pihak majikan.
Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan (gambar), berkata harus disedari bahawa rata-rata majikan menginginkan pekerja memiliki kemampuan berkomunikasi secara berkesan, kemahiran berfikir dan penampilan diri meyakinkan, selain matang serta beradab.
Bagaimanapun, beliau berkata, hasil pemerhatian MEF dan maklum balas diterima daripada pihak majikan, ramai graduan didapati kurang mahir berkomunikasi, terutama dalam bahasa Inggeris.
Kemahiran berkomunikasi adalah perkara utama yang membantu kita meraih keyakinan orang lain, menonjolkan kemampuan diri dan diterima dalam suatu kelompok.
Bagaimanapun, segelintir graduan gagal menyerlah dalam aspek itu sewaktu menghadiri temu duga. Mereka bukan sahaja kurang mahir berkomunikasi, malah gaya duduk dan berpakaian serta cara menjawab soalan juga tidak meyakinkan majikan.
“Majikan bertambah tidak tertarik apabila graduan sebegitu meminta gaji tinggi yang tidak sepadan dengan tahap kelayakan dan kebolehan mereka,” katanya ketika dihubungi.
“Tidak berminat menggaji graduan lemah kemahiran berkomunikasi, penampilan kurang menyakinkan”

Sekarang ‘pasaran majikan’

Tambahan pula, katanya, perkembangan semasa menyaksikan jumlah lepasan institusi pengajian tinggi (IPT) kian meningkat sehingga mewujudkan persaingan sengit untuk meraih suatu jawatan bersesuaian dengan tahap dalam pasaran kerjaya.
“Oleh itu, graduan dinasihatkan agar bersikap lebih realistik kerana sekarang adalah ‘pasaran majikan’. Majikan boleh meletakkan syarat tersendiri, manakala graduan perlu menurutinya.
“Soal gaji tidak patut dijadikan ukuran utama. Jika mereka rajin dan menunjukkan prestasi bagus, pasti kadar itu akan dinaikkan dari semasa ke semasa. Pihak universiti juga harus berperanan membantu meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan bakal graduan,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Kerja Kosong Jawatan Kosong 
TVET

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »